



Sihat ~ dikongsi bersama ~
sambung balik…
Syirik juga boleh di ertikan dengan maksud: menyukutukan Allah, mengsyarikatkan Allah..curang dengan Allah:
Memang bahaya!
Sebab Allah berfirman bahawa segala dosa walau macamana besarpun, masih boleh di maafkan kecuali dosa syirik..kerana dosa inilah org kapir akan KEKAL selamanya dalam neraka…bukan main2 tuan!
Satu org kapir kat opis aku pertikaikan tentang org kapir yg baik2,: takkanlah kena duduk dalam neraka selama-lamanya..
Aku kata: kalau kau ada 10 org anak yang sembilan perangai macam setan tapi hormat kau sebagai bapak dia, dan yang satu perangai baik nak mampus tapi tak mengaku kau bapak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, kau tak marah?!kau nak mengaku dia anak, kau nak tulis nama dia dalam wasiat EPF engkau!? Tepuk dada Tanya selera(sebab dia kapir) kalau dia islam:tepuk dada Tanya iman…
Alahai… si tanggang yg bini dia puji dan pak mertua dia sanjung sebab begitu rajin , kuat serta berani..tapi bila tak ngaku yang si tua buruk tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha haha padan muka!
Contoh yg lain:
1.Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai..
2.Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj, garaj runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai..
3.isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, ber ’kebetulan’(suratan) korang duduk rumah flet dan satu flet telah terbakar, korang marah tapi taklah samapi ‘bergegar tiang arash.’.
4.korang balik, tengok anak semua baik dan bersih2, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, tapi korang dapati isteri korang sedang bersetubuh ngan jantan lain.! Memang habis!
habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai (lari! Lari! Selamatkan diri!)
Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan engkau, curang, memang habis! kalau korang buat dosa lain selain syirik…korang taubat, Allah ampun….satu cerita:
satu org pencuri kain kapan,telah bersetubuh ngan mayat sorang perempuan, mayat tu siap bangun dan berkata “calakalah engkau biarkan aku dalam keadaan berhadath besar” lelaki tu terus takut(aku pun) dan jumpa Nabi, Nabi cakap lebih kurang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu, maka Allah tegur lebih kurang maksud: dosa walau macamana besarpun(zina, buang anak, dll) boleh di maafkan dengan taubat nasuha, kecuali dosa syirik!
Maka untuk korang dan aku selamat dari azab Allah dan bahaya syirik, korang dan aku kenalah belajar ilmu TAUHID…
Sabda Nabi s.a.w(plus-minus): “kalau semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah tauhid”
Sebab tu dalam agama tahap yang paling tinggi adalah sabar dan redha..
Ramai orang Islam hari ini telah bertuhankan wang dan macam-macam benda lagi. "Kalau takde duit macam mana nak beli makanan", sebab yakin tanpa duit tak boleh dapat makanan maka seseorang itu telah rosak keyakinannya kepada Allah SWT. Apabila yakin kepada duit maka dia telah jadikan duit itu sebagai tuhannya. Sebab yang memberi seluruh makhluk makan adalah Tuhan. Yakin apabila tak makan ubat penyakit tak boleh sembuh maka dia telah menjadikan ubat itu sebagai tuhannya. Sebab yang mampu menyembuhkan hanyalah Tuhan. Ada yang menjadikan pejabat sebagi tuhan, isteri sebagai tuhan, duit sebagai tuhan dan macam-macam lagi…Nauzubillah..
Untuk betulkan iman kita , maka kita hendaklah betulkan percakapan kita.. Kalau korang nak belajar betul2 carilah ustaz or ustazah…aku bukan ustazah, Cuma aku nak kongsi beberapa cara bercakap yg betul dari segi Tauhid dan akidah, sebab kalau kita cakap tak betul, boleh jadi syirik..SYIRIK duduk dalam neraka bawah sekali korang tau tak!
Contoh percakapan yg salah(kadang2 kita selalu buat):
“memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kenalah makan ubat, kalau tak camne nak sembuh?…”
Kenapa salah?
Kerana perkataan ‘TAPI’ tadi telah menafikan kuasa Allah, seolah-olah Allah berhajat pada ubat untuk bagi sembuh, sedangkan Allah Maha berkuasa langsung tak berhajat pada mana2 makluk…
Tak paham lagi?
Contoh ayat lain:
“Kerajaan Malaysia memang bagus, tapi….”(lihat, di sini perkataan tapi telah menafikan kebaikan kerajaan Malaysia.)
Ayat yg betul.:
“bila korang sakit, korang kenalah makan ubat, TAPI Allah bagi sembuh”
haaa! Lihat "tapi" telah digunakan untuk manafikan makhluk.
Contoh lain yg betul:
“kalau korang takde duit kenalah kerja sunguh2 tapi ingat!Allah yang bagi rezeki.." tengok ‘tapi’ telah menafikan kerja bagi rezeki…
tak paham lagi?
korang tak akan paham kalau setakat baca, gi belajar dengan ustaz, tengok! dah-dah tu takde tapi2nya lagi..(akupun tak paham gak he he he)
kesimpulan: tauhid adalah mempunyai keyakinan yang mutlak dan sungguh-sungguh dengan kuasa Allah bahawa Allah Maha berkuasa, dan selain Allah adalah makhluk, maka makhluk langsung tidak ada kuasa, makhluk tak boleh buat apa-apa, makhluk tidak boleh langsung bagi manafaat ataupun mudarat. Kesenangan, kesusahan,kemuliaan,kehinaan semuanya datang dari Allah! Kalau korang nak cakap ‘tapi-tapi’ lagi siaplah korang, duduk neraka bawah sekalilah nampaknya!berpimpin tangan dengan firaun!
Ps:kata seorang doctor pada seorang perempuan yg mana suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya…. “suami awak hanya mengalami luka2 yg kecil di badannya TAPI dia sekarang berada dibilik MAYAT….”(nauzubillah)
Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat.Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.Kadang-kadang ternampak benda ' bulat ' ..
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat ..
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita ' bukti ' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
|