February 18, 2011

KEMPEN AMALAN SENYUM






Sukacita dimaklumkan bahawa MAMPU sedang mempergiatkan Kempen Amalan Senyum kepada penjawat awam dalam memberi perkhidmatan dengan senyuman terutamanya kepada petugas agensi-agensi barisan hadapan yang berurusan secara langsung dengan orang... ramai seperti yang disarankan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara untuk memantapkan budaya mesra pelanggan dan berbudi bahasa.

Bagi tujuan itu, memohon jasa baik dan kerjasama semua Pegawai Perhubungan Awam Kementerian dan Agensi untuk mempergiatkan kempen Amalan Senyum dengan mengwar-warkan kepada warga agensi dan memaparkan poster kempen senyum di laman web masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Arahan Ketua Pengarah MAMPU bertajuk ‘Usaha-Usaha Memantapkan Amalan Senyuman Dalam Penyampaian Perkhidmatan Sektor Awam’ bertarikh 17 Disember 2010 untuk rujukan semua.