November 20, 2008

HAYATILAH....

Dalam kertas tu ada menceritakan kisah seorang mak cik dan anaknya sedang menyalakan ungun api, apabila api itu menjadi besar, si makcik ini pun alih anaknya ke belakang badannya agar anaknya tidak terasa bahang panas api..kemudian lalulah Nabi dan sahabat berhampiran makcik dan anaknya tadi, dan si makcik ini telah mengambil peluang untuk bertanya sesuatu pada nabi….

Soalan Makcik tu lebih kurang maksud:
Wahai pesuruh Allah, aku dengar Allah lebih sayangkan hambanya 70 kali lebih, dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya…tapi mengapa Allah sanggup mencampakkan hambanya ke dalam neraka?, sedangkan aku, walau sejahat manapun anak aku, aku tidak tergamak untuk mencampakkan anak ku ke dalam api…bukankah Allah menyayangi hambanya lebih dari aku menyayangi anakku?
Maka Nabi Muhammad s.a.w telah menangis…(aku pun)Aku menangis kerana kertas ini adalah cebisan dari sebuah buku yg aku tak tahu tajuknya..dan cerita itu tergantung kat situ..aku cuba cari kalau2 ada buku ni kat rumah nenek anak aku tapi tak jumpa2…kalau korang tahu cerita ni tolonglah email kat aku…isk..isk…

Jadi aku yg bukan ustazah/ulama/ahli fatwa ni berfikir2, kalaulah ada org bukan islam Tanya aku soalan nih macam mana aku nakjawab? Nak kena menangis ke?
Maka Allah bagi ilham-lah lebih kurang yg aku paham, kalau korang tak setuju..campak aje pendapat aku ni dalam longkang belakang rumah…
Aku kata:Sebenarnya manusia masuk neraka ni bila manusia itu syirik dengan Allah…
Apa itu syirik?

Syirik adalah korang yakin selain Allah pun ada kuasa…macam korang yakin :
-ubat boleh bagi sembuh

-Makan boleh kenyang

-Tidur boleh hilangkan ngantuk

-Garu boleh hilangkan gatal

-insurance boleh menjamin masa depan


-tongkat ali boleh pagi ‘power’

-dan seribu sebelas ratus lagilah!

Maka bila korang yakin pada makhluk :maka syiriklah korang! Macam org kapir yg sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api, pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila korang yakin pada makluk2 nih..maka syiriklah korang, dan Allah telah berjanji akan mencampakan org yg syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji,:
Sesiapa yg buat jahat sebesar zarah pun! Allah akan kira dan Allah-lah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI!(subhanaAllah)

Cth: macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan bertujuan untuk masukkan rakyat Malaysia dlm penjara, hanya untuk peringatan, tapi bila dah korang langgar undang2 malaysia maka kerajaan yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang2..dan korang memang kena sumbat dalam penjara sebab dah langgar undang2!

Begitulah Allah , Raja segala kerajaan yg telah buat neraka bukan untuk masukkan manusia dengan sewenang2nya..Allah hantar Nabi dan utusan untuk bagi peringatan, tapi korang ingkar, lawan, hina…Bila Allah panggil(azan) boat donno je…masih sibuk baca blog….maka benarlah firman Allah lebih kurang begini:

“bukan Aku yang menzalimi kamu tapi kamulah yang mengzalimi dirimu sendiri, bukan Aku yang mencampakkan kamu kedalam neraka tapi kamulah yang mencampakan dirimu sendiri kedalam neraka.”


Nanti dari neraka akan keluar satu leher yg panjang dan sangat fasih berkata2:
Raksasa ini akan meragut tiga golongan manusia di padang mahsyar seperti ayam meragut biji bijian…

Ketiga2 golongan ini adalah mereka yg masuk neraka tanpa hisab iaitu:

1 -org yg sombong.

2-Org yg menghina Allah dan Rasul

3.Org yg mengukir patung dan gambar2
(aku petik dati fadhilat solat karangan maulana Zakaria,)


sambung balik…

Syirik juga boleh di ertikan dengan maksud: menyukutukan Allah, mengsyarikatkan Allah..curang dengan Allah:
Memang bahaya!
Sebab Allah berfirman bahawa segala dosa walau macamana besarpun, masih boleh di maafkan kecuali dosa syirik..kerana dosa inilah org kapir akan KEKAL selamanya dalam neraka…bukan main2 tuan!
Satu org kapir kat opis aku pertikaikan tentang org kapir yg baik2,: takkanlah kena duduk dalam neraka selama-lamanya..
Aku kata: kalau kau ada 10 org anak yang sembilan perangai macam setan tapi hormat kau sebagai bapak dia, dan yang satu perangai baik nak mampus tapi tak mengaku kau bapak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, kau tak marah?!kau nak mengaku dia anak, kau nak tulis nama dia dalam wasiat EPF engkau!? Tepuk dada Tanya selera(sebab dia kapir) kalau dia islam:tepuk dada Tanya iman…

Alahai… si tanggang yg bini dia puji dan pak mertua dia sanjung sebab begitu rajin , kuat serta berani..tapi bila tak ngaku yang si tua buruk tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha haha padan muka!

Contoh yg lain:
1.Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai..

2.Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj, garaj runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai..

3.isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, ber ’kebetulan’(suratan) korang duduk rumah flet dan satu flet telah terbakar, korang marah tapi taklah samapi ‘bergegar tiang arash.’.

4.korang balik, tengok anak semua baik dan bersih2, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, tapi korang dapati isteri korang sedang bersetubuh ngan jantan lain.! Memang habis!
habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai (lari! Lari! Selamatkan diri!)
Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan engkau, curang, memang habis! kalau korang buat dosa lain selain syirik…korang taubat, Allah ampun….satu cerita:

satu org pencuri kain kapan,telah bersetubuh ngan mayat sorang perempuan, mayat tu siap bangun dan berkata “calakalah engkau biarkan aku dalam keadaan berhadath besar” lelaki tu terus takut(aku pun) dan jumpa Nabi, Nabi cakap lebih kurang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu, maka Allah tegur lebih kurang maksud: dosa walau macamana besarpun(zina, buang anak, dll) boleh di maafkan dengan taubat nasuha, kecuali dosa syirik!
Maka untuk korang dan aku selamat dari azab Allah dan bahaya syirik, korang dan aku kenalah belajar ilmu TAUHID…



Sabda Nabi s.a.w(plus-minus): “kalau semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah tauhid”

Sebab tu dalam agama tahap yang paling tinggi adalah sabar dan redha..
Ramai orang Islam hari ini telah bertuhankan wang dan macam-macam benda lagi. "Kalau takde duit macam mana nak beli makanan", sebab yakin tanpa duit tak boleh dapat makanan maka seseorang itu telah rosak keyakinannya kepada Allah SWT. Apabila yakin kepada duit maka dia telah jadikan duit itu sebagai tuhannya. Sebab yang memberi seluruh makhluk makan adalah Tuhan. Yakin apabila tak makan ubat penyakit tak boleh sembuh maka dia telah menjadikan ubat itu sebagai tuhannya. Sebab yang mampu menyembuhkan hanyalah Tuhan. Ada yang menjadikan pejabat sebagi tuhan, isteri sebagai tuhan, duit sebagai tuhan dan macam-macam lagi…Nauzubillah..

Untuk betulkan iman kita , maka kita hendaklah betulkan percakapan kita.. Kalau korang nak belajar betul2 carilah ustaz or ustazah…aku bukan ustazah, Cuma aku nak kongsi beberapa cara bercakap yg betul dari segi Tauhid dan akidah, sebab kalau kita cakap tak betul, boleh jadi syirik..SYIRIK duduk dalam neraka bawah sekali korang tau tak!

Contoh percakapan yg salah(kadang2 kita selalu buat):

“memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kenalah makan ubat, kalau tak camne nak sembuh?…”
Kenapa salah?

Kerana perkataan ‘TAPI’ tadi telah menafikan kuasa Allah, seolah-olah Allah berhajat pada ubat untuk bagi sembuh, sedangkan Allah Maha berkuasa langsung tak berhajat pada mana2 makluk…
Tak paham lagi?

Contoh ayat lain:
“Kerajaan Malaysia memang bagus, tapi….”(lihat, di sini perkataan tapi telah menafikan kebaikan kerajaan Malaysia.)

Ayat yg betul.:
“bila korang sakit, korang kenalah makan ubat, TAPI Allah bagi sembuh”
haaa! Lihat "tapi" telah digunakan untuk manafikan makhluk.

Contoh lain yg betul:
“kalau korang takde duit kenalah kerja sunguh2 tapi ingat!Allah yang bagi rezeki.." tengok ‘tapi’ telah menafikan kerja bagi rezeki…
tak paham lagi?


korang tak akan paham kalau setakat baca, gi belajar dengan ustaz, tengok! dah-dah tu takde tapi2nya lagi..(akupun tak paham gak he he he)
kesimpulan: tauhid adalah mempunyai keyakinan yang mutlak dan sungguh-sungguh dengan kuasa Allah bahawa Allah Maha berkuasa, dan selain Allah adalah makhluk, maka makhluk langsung tidak ada kuasa, makhluk tak boleh buat apa-apa, makhluk tidak boleh langsung bagi manafaat ataupun mudarat. Kesenangan, kesusahan,kemuliaan,kehinaan semuanya datang dari Allah! Kalau korang nak cakap ‘tapi-tapi’ lagi siaplah korang, duduk neraka bawah sekalilah nampaknya!berpimpin tangan dengan firaun!

Ps:kata seorang doctor pada seorang perempuan yg mana suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya…. “suami awak hanya mengalami luka2 yg kecil di badannya TAPI dia sekarang berada dibilik MAYAT….”(nauzubillah)

November 8, 2008

KAU LELAKI, AKU WANITA

KAU LELAKI, AKU WANITA

Susah sgt ker nak jadi wanita yg baik??? dan Banyak sgt ker amanah
Tuhan yg perlu lelaki pikul??? jawapannyer, mmg tak susah dan mmg
banyk, Bagaimana???, bacelah dan pandai2lah cari jawapannyer:-

1 lelaki bujang kena tanggong dosa sendiri apabila sudah baligh
manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2 lelaki berkahwin kena tanggong dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak
perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum
baligh. BERATKAN !

3 Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggong-jawab keatas ibunya
dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggong-jawabnya maka dosa
baginya terutama anak lelaki yang tua, menakala perempuan tidak,
perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggong oleh
suaminya.BERATKAN !

4 Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri
tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu.Haram bagi suami bertanya
pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri
tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu
tanggong. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggongnya
seperti gunung dengan semut. Itu sebab nya mengikut kajian nyawa
orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat
kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggong.

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugrah oelh Allah
SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan.
Begitulah kira-kiranya. Wanita

1 - wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2 - wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah
tetapi tidak sbaliknya.
3 - wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4 - wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5 - wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6 - wanita wajib taat kpd suaminya.
7 - talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8 - wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak
ada pada lelaki. Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok
dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah
sepah bukan? itulah bandingannya dgn seorg wanita.


Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3
kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi
milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk
menyara isteri dan anak anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi
setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan,malaikat dan seluruh
makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan
adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap
4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung
oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara
lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu
Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu,
puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika
taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH
akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH... sayangnya
ALLAH pada wanita .... kan

WALLAHUA'LAM

ALLAHuakbarrr!!!

Sekadar renungan dan iktibar...


Ust.Harun Din .. korang kenal kan?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamat ... planet mrikh (planet ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept lpas.

Maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!!

Maklumat ni gak tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam. tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde nih wehh smentara ade mase)

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap.

Di Norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUA K BAR

lain-lain artikel tentang kiamat.....Kajian... ALLAH je mengetahui.. ..
Assalamualaikum .....

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, bumi akan kiamat pada tahun 2066...


* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cubauntuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...
Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi...
Ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet ini lebih besar daripada bumi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....


* c) Dan dikatakan kuasa Israelakan mencapai puncaknya pada tahun 2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..
Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...


* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun....
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah diajar sejak kita kecil lagi. Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar. dan korang jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..