June 28, 2009

LANGKAH YG KITE PERLU AMBIL.


10 PERKARA YANG PERLU DIPATUHI SEMASA MENJALANI KUARANTIN DI RUMAH
1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan (seboleh-bolehnya
duduk dalam bilik berasingan dari ahli keluarga yang lain).

2. Anda tidak dibenarkan keluar dari rumah sama ada untuk bertugas, pergi ke sekolah, tuisyen,
rumah ibadat, majlis makan, kenduri, membeli-belah dan lain-lain aktiviti atau mana-mana tempat awam.

3. Amalkan kebersihan diri:

• Tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Buang
tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.
• Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Basuh
tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda.
• Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain. Sebaik-baiknya
gunakan tandas yang berasingan.
• Pastikan pengudaraan yang baik di dalam rumah
• Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu
dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin ( misalnya, chlorox - Campurkan 1
bahagian chlorox dengan 49 bahagian air).

4. Jika ada demam, batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan
orang lain, gunakan penutup mulut dan hidung (mask) .

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam.

6. Pantau suhu badan (demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin.

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperolehi keperluan harian jika tinggal
bersendirian.

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara, rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda.

9. SEGERA hubungi Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau
gejala-gejala lain penyakit.

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan
Malaysia, radio, TV dan akhbar.

"PATUHI SEMUA ARAHAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA"

June 7, 2009

Petua.




Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada satu petua

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.


Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri. Selamat mencuba......