March 27, 2010

Tahukah Anda?

  • Kanser Payu dara merupakan Pembunuh Wanita Pertama
  • Kanser Payu dara biasanya menyerang wanita berumur 40 - 50 tahun, terutama wanita berumur lingkungan tempoh menopos
  • 1/14 bangsa cina berisiko menghidap Kanser Payu Dara
  • 1/16 bangsa India berisiko menghidap Kanser Payu Dara
  • 1/24 bangsa Melayu berisiko menghidap Kanser Payu Dara
  • Kanser payu dara tidak semestinya diakibatkan keturunan, 85% penghidap Kanser Payu Dara tidak mempunyai rekod Kanser Payu Dara dikalangan ahli keluarganya
  • Lebih kurang 70-80% kes payu dara dikesan hanya pada peringkat ke 3 atau ke 4 (peringkat akhir)
  • Kanser serviks (pangkal rahim) merupakan kanser ke 2 biasa bagi wanita, ia juga pembunuh kedua bagi wanita di Malaysia
  • 99% Kanser Serviks disebabkan oleh Human Papilloma Virus (HPV)
  • Wanita yang berumur 40-50 tahun berisiko tinggi diserangi kanser Serviks
  • Kanser serviks pada peringkat awal tidak akan memberi sebarang tanda atau kesakitan
  • Apabila ia menjadi teruk, salah 1 atau lebih tanda berikut akan tertunjuk :
  1. Berdarah (bukan ketika haid)
  2. Discharge menjadi lebih banyak
  3. Sakit bahagian pinggang/pinggul
  4. Sakit ketika seks

"WANITA-wanita sekalian, Sudahkan Anda Menjalani Pemeriksaan Sakit Puan?"

March 26, 2010

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI

Kanser payu dara & serviks (pangkal rahim)
  • Dioksin ialah bahan kimia bertoksid tinggi~ia 130 kali ganda bertoksid dari cyanide dan 900 kali ganda merbahaya dari arsenic

  • Kebanyakan tuala wanita biasa di pasaran dibuat dari kertas buangan dan pulpa kayu yang terdedah kepada bakteria dan kuman yang mengandungi DIOKSIN

  • Semakin ramai wanita di Malaysia mengalami pelbagai masalah sakit puan seperti keputihan, kegatalan, jangkitan kuman, senggugut, kitaran haid tidak teratur, endometriosis, fibroid, kesukaran mengandung akibat masalah peranakan dan sebagainya.

  • Penggunaan produk yang mengandungi dioksin secara berterusan boleh mengakibatkan ramai wanita mudah terdedah kepada penyakit KANSER

Untuk kongsi maklumat mengenai kesihatan ~ email kepada dasuki_gha@yahoo.com

January 6, 2010

2010


UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS
Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupuns eteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka ygdilaknat.Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.

Tiba-tiba berkumandang lah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bhw hannya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.
Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiri….!!! Tolong sebarkan khususnya kpd kaum Adam dan juga kaum hawa juga..


Subject: Dari Ustaz Hj. Ismail Kamus....




Untuk Pengetahuan Kite Bersama....


1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya .
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah turun ke bumi.. Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tuu.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan , sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.
6) Beliau menasihat apabila ingin buang air di perjalanan (contohnya jalan raya), perlu baca " Sala Mun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!! 7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang melayu suka sangat menepung tawar !!!
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya) sebab beliau pernah jumpa orang yang di rasuk.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati...