Soalan Makcik tu lebih kurang maksud:
Wahai pesuruh Allah, aku dengar Allah lebih sayangkan hambanya 70 kali lebih, dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya…tapi mengapa Allah sanggup mencampakkan hambanya ke dalam neraka?, sedangkan aku, walau sejahat manapun anak aku, aku tidak tergamak untuk mencampakkan anak ku ke dalam api…bukankah Allah menyayangi hambanya lebih dari aku menyayangi anakku?
Maka Nabi Muhammad s.a.w telah menangis…(aku pun)Aku menangis kerana kertas ini adalah cebisan dari sebuah buku yg aku tak tahu tajuknya..dan cerita itu tergantung kat situ..aku cuba cari kalau2 ada buku ni kat rumah nenek anak aku tapi tak jumpa2…kalau korang tahu cerita ni tolonglah email kat aku…isk..isk…
Jadi aku yg bukan ustazah/ulama/ahli fatwa ni berfikir2, kalaulah ada org bukan islam Tanya aku soalan nih macam mana aku nakjawab? Nak kena menangis ke?
Maka Allah bagi ilham-lah lebih kurang yg aku paham, kalau korang tak setuju..campak aje pendapat aku ni dalam longkang belakang rumah…
Aku kata:Sebenarnya manusia masuk neraka ni bila manusia itu syirik dengan Allah…
Apa itu syirik?
Syirik adalah korang yakin selain Allah pun ada kuasa…macam korang yakin :
-ubat boleh bagi sembuh
-Makan boleh kenyang
-Tidur boleh hilangkan ngantuk
-Garu boleh hilangkan gatal
-insurance boleh menjamin masa depan
-tongkat ali boleh pagi ‘power’
-dan seribu sebelas ratus lagilah!
Maka bila korang yakin pada makhluk :maka syiriklah korang! Macam org kapir yg sembah berhala, mereka yakin makhluk berhala tu boleh bagi manfaat pada mereka atau majusi sembah api, pendek kata selain dari Allah adalah makhluk, dan makhluk langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat..bila korang yakin pada makluk2 nih..maka syiriklah korang, dan Allah telah berjanji akan mencampakan org yg syirik walaupun syirik kecil ke dalam neraka, maka kerana itulah Allah campakkan orang dalam NERAKA kerana Allah dah janji,:
Sesiapa yg buat jahat sebesar zarah pun! Allah akan kira dan Allah-lah tuhan yang MAHA MENUNAIKAN JANJI!(subhanaAllah)
Cth: macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan bertujuan untuk masukkan rakyat Malaysia dlm penjara, hanya untuk peringatan, tapi bila dah korang langgar undang2 malaysia maka kerajaan yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang2..dan korang memang kena sumbat dalam penjara sebab dah langgar undang2!
Begitulah Allah , Raja segala kerajaan yg telah buat neraka bukan untuk masukkan manusia dengan sewenang2nya..Allah hantar Nabi dan utusan untuk bagi peringatan, tapi korang ingkar, lawan, hina…Bila Allah panggil(azan) boat donno je…masih sibuk baca blog….maka benarlah firman Allah lebih kurang begini:
“bukan Aku yang menzalimi kamu tapi kamulah yang mengzalimi dirimu sendiri, bukan Aku yang mencampakkan kamu kedalam neraka tapi kamulah yang mencampakan dirimu sendiri kedalam neraka.”
Nanti dari neraka akan keluar satu leher yg panjang dan sangat fasih berkata2:
Raksasa ini akan meragut tiga golongan manusia di padang mahsyar seperti ayam meragut biji bijian…
Ketiga2 golongan ini adalah mereka yg masuk neraka tanpa hisab iaitu:
1 -org yg sombong.
2-Org yg menghina Allah dan Rasul
3.Org yg mengukir patung dan gambar2
(aku petik dati fadhilat solat karangan maulana Zakaria,)
sambung balik…
Syirik juga boleh di ertikan dengan maksud: menyukutukan Allah, mengsyarikatkan Allah..curang dengan Allah:
Memang bahaya!
Sebab Allah berfirman bahawa segala dosa walau macamana besarpun, masih boleh di maafkan kecuali dosa syirik..kerana dosa inilah org kapir akan KEKAL selamanya dalam neraka…bukan main2 tuan!
Satu org kapir kat opis aku pertikaikan tentang org kapir yg baik2,: takkanlah kena duduk dalam neraka selama-lamanya..
Aku kata: kalau kau ada 10 org anak yang sembilan perangai macam setan tapi hormat kau sebagai bapak dia, dan yang satu perangai baik nak mampus tapi tak mengaku kau bapak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, kau tak marah?!kau nak mengaku dia anak, kau nak tulis nama dia dalam wasiat EPF engkau!? Tepuk dada Tanya selera(sebab dia kapir) kalau dia islam:tepuk dada Tanya iman…
Alahai… si tanggang yg bini dia puji dan pak mertua dia sanjung sebab begitu rajin , kuat serta berani..tapi bila tak ngaku yang si tua buruk tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha haha padan muka!
Contoh yg lain:
1.Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai..
2.Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj, garaj runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai..
3.isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, ber ’kebetulan’(suratan) korang duduk rumah flet dan satu flet telah terbakar, korang marah tapi taklah samapi ‘bergegar tiang arash.’.
4.korang balik, tengok anak semua baik dan bersih2, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, tapi korang dapati isteri korang sedang bersetubuh ngan jantan lain.! Memang habis!
habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai (lari! Lari! Selamatkan diri!)
Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan engkau, curang, memang habis! kalau korang buat dosa lain selain syirik…korang taubat, Allah ampun….satu cerita:
satu org pencuri kain kapan,telah bersetubuh ngan mayat sorang perempuan, mayat tu siap bangun dan berkata “calakalah engkau biarkan aku dalam keadaan berhadath besar” lelaki tu terus takut(aku pun) dan jumpa Nabi, Nabi cakap lebih kurang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu, maka Allah tegur lebih kurang maksud: dosa walau macamana besarpun(zina, buang anak, dll) boleh di maafkan dengan taubat nasuha, kecuali dosa syirik!
Maka untuk korang dan aku selamat dari azab Allah dan bahaya syirik, korang dan aku kenalah belajar ilmu TAUHID…
Sabda Nabi s.a.w(plus-minus): “kalau semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan…dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa2 kecuali apa yang Allah telah tetapkan,inilah tauhid”
Sebab tu dalam agama tahap yang paling tinggi adalah sabar dan redha..
Ramai orang Islam hari ini telah bertuhankan wang dan macam-macam benda lagi. "Kalau takde duit macam mana nak beli makanan", sebab yakin tanpa duit tak boleh dapat makanan maka seseorang itu telah rosak keyakinannya kepada Allah SWT. Apabila yakin kepada duit maka dia telah jadikan duit itu sebagai tuhannya. Sebab yang memberi seluruh makhluk makan adalah Tuhan. Yakin apabila tak makan ubat penyakit tak boleh sembuh maka dia telah menjadikan ubat itu sebagai tuhannya. Sebab yang mampu menyembuhkan hanyalah Tuhan. Ada yang menjadikan pejabat sebagi tuhan, isteri sebagai tuhan, duit sebagai tuhan dan macam-macam lagi…Nauzubillah..
Untuk betulkan iman kita , maka kita hendaklah betulkan percakapan kita.. Kalau korang nak belajar betul2 carilah ustaz or ustazah…aku bukan ustazah, Cuma aku nak kongsi beberapa cara bercakap yg betul dari segi Tauhid dan akidah, sebab kalau kita cakap tak betul, boleh jadi syirik..SYIRIK duduk dalam neraka bawah sekali korang tau tak!
Contoh percakapan yg salah(kadang2 kita selalu buat):
“memanglah Allah bagi sembuh, TAPI kenalah makan ubat, kalau tak camne nak sembuh?…”
Kenapa salah?
Kerana perkataan ‘TAPI’ tadi telah menafikan kuasa Allah, seolah-olah Allah berhajat pada ubat untuk bagi sembuh, sedangkan Allah Maha berkuasa langsung tak berhajat pada mana2 makluk…
Tak paham lagi?
Contoh ayat lain:
“Kerajaan Malaysia memang bagus, tapi….”(lihat, di sini perkataan tapi telah menafikan kebaikan kerajaan Malaysia.)
Ayat yg betul.:
“bila korang sakit, korang kenalah makan ubat, TAPI Allah bagi sembuh”
haaa! Lihat "tapi" telah digunakan untuk manafikan makhluk.
Contoh lain yg betul:
“kalau korang takde duit kenalah kerja sunguh2 tapi ingat!Allah yang bagi rezeki.." tengok ‘tapi’ telah menafikan kerja bagi rezeki…
tak paham lagi?
korang tak akan paham kalau setakat baca, gi belajar dengan ustaz, tengok! dah-dah tu takde tapi2nya lagi..(akupun tak paham gak he he he)
kesimpulan: tauhid adalah mempunyai keyakinan yang mutlak dan sungguh-sungguh dengan kuasa Allah bahawa Allah Maha berkuasa, dan selain Allah adalah makhluk, maka makhluk langsung tidak ada kuasa, makhluk tak boleh buat apa-apa, makhluk tidak boleh langsung bagi manafaat ataupun mudarat. Kesenangan, kesusahan,kemuliaan,kehinaan semuanya datang dari Allah! Kalau korang nak cakap ‘tapi-tapi’ lagi siaplah korang, duduk neraka bawah sekalilah nampaknya!berpimpin tangan dengan firaun!
Ps:kata seorang doctor pada seorang perempuan yg mana suaminya terlibat dalam kemalangan jalan raya…. “suami awak hanya mengalami luka2 yg kecil di badannya TAPI dia sekarang berada dibilik MAYAT….”(nauzubillah)
2 comments:
bEtui la g-Ha, kLu owg tny iDa soaLan nie pn taTau nk jwp cam ne...sDeynya
wat pengajaran..ida
Post a Comment