May 3, 2009

Nasihat

Kementerian Kesihatan Malaysia

WABAK INFLUENZA A (H1N1):
NASIHAT PERJALANAN

Wabak Influenza yang melanda dunia pada hari ini mula-mula dikesan di Mexico pada bulan April
2009 dan disebabkan oleh satu strain virus influenza yang baru. Pada 30 April 2009, Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) telah menamakannya sebagai Influenza A (H1N1).
Sebelum itu, pada 28 April, WHO telah menukar amaran fasa pandemik ke "Fasa 5", yang bermaksud
"...penyebaran virus di sekurang-kurangnya dua (2) buah negara rantau WHO. Pengumuman Fasa 5
ini menandakan ancaman pandemik akan berlaku pada bila-bila masa.
PERJALANAN KE NEGARA YANG DILANDA DENGAN INFLUENZA A (H1N1)
Rakyat Malaysia TIDAK digalakkan melawat negara-negara berkenaan pada masa ini. Jika perjalanan
tidak dapat dielakkan, mereka perlu berhati-hati dan mengambil langkah-langkah berikut:
• Ketahui kawasan wabak atau kawasan yang mengalami kes Influenza A (H1N1) yang tinggi.
Elakkan melawat tempat-tempat yang sesak.
• Elakkan bersentuhan dengan pesakit Influenza A (H1N1). Jika anda terpaksa berhubung rapat
dengan pesakit, gunakan alat perlindungan pernafasan yang sesuai.
• Jaga kebersihan diri sepanjang masa. Tutup mulut bila anda batuk atau bersin. Basuh tangan
dengan air dan sabun.
• Kalau anda jatuh sakit, SEGERA dapatkan rawatan.
Jika anda baru balik dari kawasan yang dilanda Influenza A (H1N1), elakkan berhubung rapat
dengan orang lain selama 7 hari. Kalau dalam tempoh tersebut anda demam dan menghidapi satu
atau lebih gejala berikut - batuk, susah bernafas, sakit badan, sakit kepala atau sakit tekak, SEGERA
dapatkan rawatan daripada doktor.
Maklum kepada doktor yang merawat bahawa anda baru pulang dari negara/kawasan yang dilanda
Influenza A (H1N1).

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

No comments: