Tekanan atau stres hidup sudah menjadi lumrah kehidupan zaman
moden, yang dihadapi oleh semua peringkat umur, tidak kira
jantina, bangsa dan agama. Bukan hanya golongan dewasa yang
dilimpahi stres di tempat kerja, rumah, jalan raya dan pergaulan
masyarakat, malahan kanak-kanak juga dibelenggu pelbagai
punca stres. Akan tetapi stres adalah satu perkara yang
biasa dalam kehidupan manusia yang normal dan setiap
orang akan mengalami stres pada sesuatu masa dalam
kehidupannya. Stres adalah hakikat kehidupan yang tidak
boleh dielakkan. Stres adalah respons fizikal, emosi dan
mental yang berlaku kepada seseorang apabila tuntutannya
tidak dapat dipenuhi.
Apakah itu stres?
Stres adalah reaksi tubuh badan terhadap rangsangan yang
tidak menyenangkan seperti bunyi yang kuat, bau yang
busuk atau kata-kata kesat. Stres berlaku apabila
tuntutan tidak setanding dengan kebolehan dan kemahiran
daya tindak seseorang. Stres juga boleh diertikan
sebagai faktor fizikal dan emosi yang menyebabkan
tekanan ke atas minda dan tubuh badan. Ia mungkin
mengakibatkan penyakit seperti darah tinggi, penyakit
jantung koronari dan kemurungan.
Apakah punca-punca stres?
Punca-punca stres terdiri daripada :
Dalam diri
Cita-cita dan harapan yang terlalu tinggi
Rasa tidak selamat
Pengalaman zaman kanak-kanak
Peristiwa dalam kehidupan
Perwatakan / personaliti
Dilema dalam membuat keputusan
Stres keibubapaan
Sosial
Berpindah rumah
Konflik keluarga, penceraian, krisis hidup
Stres perkahwinan dan rumah tangga
Perhubungan interpersonal yang bermasalah
Masalah di tempat kerja
Cabaran kehidupan di kota atau di bandar
Masalah/ perubahan persekitaran
Masalah kewangan
Psikologi
Jenis Personaliti
Tragedi
Hilang orang yang dikasihi
Kurang keyakinan diri
Takut untuk gagal
Biologi
Penyakit fizikal yang kronik
Perubahan dalam tubuh (remaja)
Kenali tanda-tanda stres anda…
Tanda-tanda fizikal
Kering mulut
Gementar
Sakit kepala
Masalah tidur
Perubahan selera makan
Cepat letih
Lenguh-lenguh badan
Jantung berdebar-debar
Pernafasan semakin laju
Sakit perut
Cirit-birit
Sakit-sakit badan yang kurang jelas puncanya
Letih lesu
Tanda-tanda psikologi
Gelisah
Hilang sabar
Mudah marah
Lemah semangat
Risau dan bimbang
Kurang minat dan tumpuan terhadap aktiviti seharian
Mudah lupa
Takut gagal
Rendah diri
Keresahan
Tidak merasa seronok
Bosan
Low mood dan murung
Tanda-tanda tingkah laku
Merokok berlebihan
Penggunaan ubat-ubatan yang tidak terkawal
Memikir atau bercakap tentang mencedera
atau membunuh diri
Tingkahlaku impulsif dan agresif (buli, vandalisme)
Penyalahgunaan dadah dan alkohol
Masalah tabiat makan
Amalkan tips mudah tangani stres serta merta...Amalkan 10B
Bertenang
Bertenang boleh membantu mengurangkan stres dengan menghentikan kitaran stres di peringkat permulaan.
Bernafas secara dalam
Pernafasan melalui abdomen adalah cara pernafasan terbaik, kita bernafas dengan lebih perlahan, panjang dan lebih dalam.
Berkata : Relakslah....
Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat membantu mententeramkan perasaan dan mengurangkan stres.
Beribadat
Berzikir, berdoa dan beribadat memberi sokongan emosi dan melegakan perasaan.
Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang
Perasaan/ masalah adalah sesuatu yang tak sepatutnya dipendam, sebaliknya harus dikongsi dengan orang yang dipercayai seperti bercakap dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. berkongsi perasaan/ masalah akan melegakan dan mengurangkan stres dalam diri.
Berurut
Dalam keadaan stres, otot-otot di leher, kepala dan bahu akan tegang tanpa disedari. Berurut (leher, bahu, kepala, kaki) boleh melegakan otot dan melancarkan perjalanan darah.
Berehat & mendengar muzik
Berehat sambil mendengar muzik yang lembut akan menenangkan fikiran.
Beriadah
Aktiviti riadah seperti berkelah, berenang, mendaki bukit/gunung, berkhemah, melakukan hobi atau aktiviti yang disukai boleh menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.
Bersenam
Bersenam dapat meningkatkan pengeluaran hormon endorfin, dan akan mengurangkan ketegangan otot dan stres.
Berfikiran Positif
Berfikiran positif ialah melihat kebaikan dalam mana-mana situasi bersifat negatif. Tumpukan kepada perkara yang baik dan apa yang boleh dilakukan dalam situasi tersebut.
Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal
stres seperti denyutan jantung laju, marah,
rasa gelisah, gementar dan sakit kepala dapat dikurangkan.
No comments:
Post a Comment